728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen menjunam lebih 160 mata sepanjang sesi dagangan Asia dan London, sebelum disokong semula sekitar 117.15 pada sesi dagangan petang New York Rabu semalam; apabila Bank of Japan mengumumkan untuk mengekalkan program stimulusnya pada kadar sedia ada.  BoJ dalam kenyataannya pada sidang akhbar Rabu semalam, mengatakan mereka akan terus menjual bon kerajaan pada kadar 80 trilion Yen ($679) setahun untuk mendapatkan dana bagi menjana aktiviti ekonomi negara matahari terbit itu.

Di Amerika Syarikat pula, Federal Reverse yang bakal bermesyuarat buat pertama kalinya untuk tahun 2015 minggu depan, dilihat bakal memberi kenyataan tentang perkembangan ekonomi Amerika Syarikat.  Menurut satu bancian dari Bloomberg News, 93% dari para penganalisis ekonomi yang dibanci berpendapat, September 2015 ini adalah masa yang lebih realistik untuk kenaikan “interest rate”.

telegram-moshed

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Jepun, Dollar dilihat bakal menguasai pasaran dengan data “unemployment claims” yang dijangka lebih baik, 300 ribu berbanding 316 ribu pemohon minggu sebelumnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register