banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-013

Dollar Yen yang susut lebih 95 pips sepanjang sesi Asia Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥116.45, kembali memacu naik lebih 125 pips sepanjang sesi Eropah untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥117.80, sebelum menutup sekitar paras ¥117.70; setelah Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda mengeluarkan kenyataan dan permintaan untuk Yen susut apabila para trader bergerak kembali kepada risiko. Dollar melonjak dari paras satu tahun terendah sekitar zon ¥116.00 di tengah-tengah jangkaan baru pasaran bahawa Bank of Japan akan menambah ransangan kewangan tambahan berikutan kenaikan nilai Yen.

Sebelum daripada itu, Dollar jatuh 1.3% kepada sekitar ¥115.95 ketika dagangan London, paras terendah sejak Januari 2015. Kemudian ia pulih kepada sekitar ¥116.50 selepas laporan seorang pegawai Jepun secara peribadi berkata Tokyo telah memantau pasaran dengan rapat. Dollar telah meningkat selepas selera untuk risiko menunjukkan tanda-tanda pemulihan di tengah-tengah lantunan harga minyak mentah dan harapan rangsangan seterusnya dari China.

telegram-moshed

telegram-moshed

Namun kenaikan tersebut hambar apabila minyak menurun semula, mencederakan sentimen terhadap pasaran saham dan menggalakkan pelabur untuk membeli aset selamat seperti Yen, franc Switzerland, Bon Jerman dan Amerika Syarikat. “Yen telah menunjukkan kepekaan maksimum terhadap sentimen risiko dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” kata Manuel Oliver, strategis matawang di Credit Agricole. Harga minyak yang lebih rendah dan ancaman deflasi adalah cabaran kepada pembuat dasar ketika ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register