Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen jatuh lebih 70 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 124.45 ke serendah 123.75 sebelum menutup sekitar paras 123.90; selepas Gabenor Bank of Japan Kuroda mengeluarkan kenyataan bahawa inflasi Jepun dijangka meningkat dalam masa terdekat dan tiada ransangan diperlukan buat masa ini; namun BoJ bersedia bertindak sekiranya perlu.

Walau bagaimanapun, beberapa ahli lembaga BoJ berkata, kesan rangsangan besar-besaran mungkin akan pudar, menurut minit mesyuarat Jun; satu tanda bahawa tidak semua berkongsi keyakinan Gabenor Haruhiko Kuroda, dalam mencapai sasaran inflasi 2 peratus itu.  Lembaga sembilan anggota itu bersetuju bahawa inflasi asas, yang tidak termasuk harga makanan dan turun naik harga tenaga, akan terus bertambah baik dalam jangka masa panjang.

banner-belajar-forex-percuma-300x250

Di pasaran Amerika Syarikat pula, ada 33% peluang bahawa Feds akan meningkatkan “interest rate” pada mesyuarat September 16-17, dan 71% kemungkinan pada bulan Disember, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg berdasarkan pasaran hadapan. Bank pusat AS telah mengekalkan sasaran kadar dalam pelbagai keadaaan antara sifar dan 0.25% sejak Disember 2008.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register