USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

0 1

Dollar Yen melonjak lebih 70 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥111.97 sebelum menutup sekitar paras ¥111.93; setelah pasaran berada dalam dagangan tipis dengan ketiadaan laporan ekonomi berimpak tinggi dan Jepun yang bercuti sempena ‘Spring Equinox’.  Pasaran ekuiti Asia ditutup bercampur-campur, dengan keseluruhan indeks Jepun mencatat kerugian sebelum bercuti Jumaat lalu.

Sebelum daripada itu, di pasaran Jepun, Perdana Menteri Abe memberitahu ahli parlimen bahawa beliau akan membuat keputusan, mengenai kenaikan cukai penggunaan yang dirancang untuk bulan April 2017; selepas menilai keadaan ekonomi semasa. Beliau boleh mengarahkan agensi kerajaan untuk membawa ke depan kerja-kerja projek awam di bawah bajet fiskal 2016 sebaik sahaja ia diluluskan pada akhir bulan ini.

Ekonomi Jepun kembali lemah ekoran dari sektor pengguna yang lembap dan kelembapan ekonomi di China. Data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi suku Januari-Mac, yang bakal dilaporkan pada pertengahan Mei nanti, boleh menunjukkan penguncupan ekonomi Jepun yang kedua berturut-turut.  Ini telah mendorong gesaan untuk langkah-langkah rangsangan ekonomi tambahan yang mula meningkat dikalangan pegawai kerajaan Jepun.

Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun mahu pun AS hari ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa