banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 121.10 ke serendah 120.85, sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 120.90; dalam mood pasaran yang sedang menanti mesyuarat Bank of Japan hari ini.  GDP Jepun yang dilaporkan lebih baik Rabu lalu, dijangka menjadi tajuk perbincangan utama.

Pasaran saham Jepun mencecah paras 15 tahun tertinggi Khamis semalam, dengan harapan bahawa ekonomi yang hampir lumpuh, telah bernafas semula akhirnya. Namun, aktiviti perkilangan di China yang lemah telah menyekat kenaikan pasaran saham di banyak negara lain di Asia. Dollar AS pula masih kukuh selepas minit dari mesyuarat Federal Reserve pada April lalu tiada sebarang kejutan besar.

telegram-moshed

Pasaran China yang lemah mencetuskan kebimbangan tentang permintaan yang berkurang dari kuasa besar global itu, tetapi pada masa yang sama, ianya sering menyokong pasaran ekuiti dengan jangkaan, bahawa pembuat dasar China akan melancarkan rangsangan monetari tambahan.

Hari ini data CPI Amerika Syarikat dan mesyuarat BoJ bakal mendapat perhatian.  CPI AS dijangka turun dari 0.2% kepada 0.1% dan CPI teras dijangka stabil pada 0.2%

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register