Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen meningkat lebih 30 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.10 sebelum menutup sekitar paras 119.90; selepas pengumuman angka imbangan perdagangan Jepun. Eksport ke Amerika Syarikat meningkat lebih daripada 10% pada bulan September, dengan kekuatan dalam jualan kereta dan farmaseutikal. Penghantaran ke Eropah pula maju 5.1% manakala eksport ke China menurun 3.5%.

Defisit perdagangan Jepun bagi bulan September adalah sebanyak ¥114.5 bilion ($955 milion), berbanding dengan jangkaan lebihan sebanyak ¥87 bilion. Pertumbuhan eksport tahunan Jepun merangkak perlahan pada September lalu, apabila kejatuhan jualan di China mengurangkan jumlah penghantaran; sekaligus meningkatkan kebimbangan bahawa permintaan luar negara yang lemah, mungkin telah menolak ekonomi Jepun kembali ke dalam kemelesetan.

Data Kementerian Kewangan Jepun menunjukkan eksport meningkat hanya sekitar 0.6% pada tahun ini sehingga September, berbanding kenaikan 3.4% yang dijangka oleh ahli ekonomi dalam tinjauan Reuters.  Itu adalah pertumbuhan yang paling perlahan sejak Ogos tahun lepas, selepas kenaikan 3.1% pada sebelumnya. Yen yang lemah membantu meningkatkan nilai eksport, tetapi dagangan susut 3.9% dan ianya adalah penurunan bulan ketiga berturut-turut.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!