Quotes by TradingView

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan kejatuhan lebih 70 pips sepanjang sesi Asia, sehingga mencapai paras terendah harian sekitar 118.30; sebelum memacu naik apabila sesi New York dibuka, dan kemudiannya menutup pada sekitar 119.00; apabila data berimpak sederhana AS “manufacturing PMI” dilaporkan pada 54.3 lebih baik dari jangkaan 53.6 dan 53.9 pada sebelumnya.

Para pelabur dan pengurus dana, rata-ratanya memberikan tumpuan kepada krisis “Grexit” di Eropah kerana kegagalan Greece menguruskan ekonominya dengan baik dan kemudiannya keluar dari Kesatuan Eropah; bakal memberikan impak yang besar kepada pasaran modal.  Ireland yang juga mendapat bantuan ‘troika’ berkemungkinan mengikut jejak Greece dan membatalkan perjanjian mereka.  Ini sekaligus bakal meningkatkan permintaan matawang ‘safe-haven’ seperti Yen.

Hari ini dengan data “home sales” bulanan Amerika syarikat yang dijangka menyusut dari 5.04 juta kepada 5.03 juta, dan ketiadaan sebarang data ekonomi yang bakal dilaporkan dari Jepun; pasaran dijangka memihak kepada Yen, melainkan “home sales” AS keluar lebih baik dari jangkaan 5.03 juta.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal