banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen yang meningkat hampir 60 pips pada sesi pagi Asia Khamis semalam, menjunam semula menuju “major handle” 117.00 pada sesi pagi New York, apabila data berimpak tinggi Amerika Syarikat, unemployment claims, keluar meleset dari jangkaan.  “Initial jobless claims” meningkat kepada 307 ribu berbanding 300 ribu jangkaan dan laporan sebelum ini juga dikemaskini kepada 317 ribu.

Di Jepun pula, Yen terus mendapat permintaan apabila BoJ mengekalkan stimulus ekonominya dan memotong jangkaan inflasi tahun ini bermula April 2015 kepada 1% berbanding 2% sasaran sebelum ini.  Pasaran ekuiti juga turut jatuh, dengan Index Nikkei berada dibawah pivot bulanan, sekitar 17,300.  Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, dengan kejatuhan harga minyak global ianya akan mengambil lebih lama untuk mencapai sasaran inflasi 2%, tetapi ianya boleh meransang ekonomi seterusnya.

telegram-moshed

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun hari ini, Dollar dilihat bakal menguasai pasaran terutamanya jika data ekonomi “manufacturing PMI” dan “existing home sales” dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  “Manufacturing PMI” dijangka meningkat dari 53.9 kepada 54.1 dan “existing home sales” juga dijangka meningkat dari 4.93 juta kepada 5.08 juta.

Adakah anda tercari-cari cara belajar forex paling berkesan ? Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex 100% Karya dari MoshedFX – [Klik Sini]

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register