728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Mac 2016

Dollar Yen yang jatuh lebih 80 pips pada sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥111.37, kembali memacu naik lebih 105 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥112.48 pada sepanjang sesi Eropah, sebelum menutup sekitar paras ¥112.37; setelah komen positif daripada IMF bahawa kadar negatif membantu pemulihan ekonomi global.

Di pasaran Amerika Syarikat, Presiden Feds San Francisco John Williams dalam satu temuramah dengan agensi berita mengatakan bahawa beliau menyokong kenaikan kadar pada April atau June ini.  Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart pula dalam satu ucapan mengatakan bahawa ekonomi AS sudah mampu menahan kenaikan kadar seawal April ini.  Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka bukanlah ahli majlis FOMC.

telegram-moshed

Di pasaran Jepun pula, dengan ekonomi yang semakin perlahan, tekanan telah membina dalam BoJ untuk mengambil langkah-langkah ransangan seterusnya bagi menjana aktiviti ekonomi. Bagaimanapun, BoJ tidak membuat apa-apa perubahan kepada dasar monetari pada minggu lalu, tetapi memberi amaran bahawa tahap inflasi akan terus lemah.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah baru yang dijangka bertambah dari 494 ribu unit kepada 512 ribu unit dan tambahan stok minyak mentah sebanyak 2.5 juta tong.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register