USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Mar 2015

0 2

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen yang awalnya memacu naik lebih 50 pips pada sesi dagangan Asia, hingga mencapai paras tertinggi harian, sekitar 121.20; merudum lebih 120 pips pada petang sesi Eropah apabila pasaran Amerika Utara dan Latin mula dibuka, Jumaat lalu.  Para pelabur, pengurus dana, dan pedagang dilihat mula memberikan reaksi kepada kenyataan Federal Reserve dalam mesyuarat FOMC nya baru-baru ini.

Jangkaan GDP dan kadar kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat yang lebih rendah, dilihat menyebabkan Dollar dijual dalam fasa ‘market correction’.  Para penganalisa menjangkakan ‘correction’ ini mencapai sekitar 118.80 sehingga 118.00 dalam beberapa minggu yang akan datang.  Ini juga dilihat sebagai reaksi kepada korporat-korporat multinational Jepun yang menutup akaun tahunan mereka pada April ini; sekaligus meningkatkan permintaan untuk Yen.

Walau bagaimanapun, hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan “existing home sales” bulanan yang dijangka meningkat dari 4.82 juta kepada 4.9 juta.  Dengan ketiadaan sebarang data dari Jepun hari ini, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran, walaupun dijangka hanya untuk sementara.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa