728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen merudum lebih 60 pips pada sesi dagangan petang Eropah Khamis semalam, apabila Amerika Syarikat mengumumkan “data unemployment claims” dan “new home sales” yang mengecewakan.  Kadar tukaran USD|JPY yang berada pada paras tertinggi sekitar 120.10 menjunam ke serendah sekitar 119.40 dalam masa empat jam, sebelum menutup pada paras 119.55

Pemohon kali pertama bantuan pengangguran di Amerika Syarikat meningkat 1 ribu dari sebelumnya, menjadi 295 ribu berbanding 290 ribu jangkaan.  Jumlah mereka yang masih mendapat bantuan, bertambah kepada 2.33 juta berbanding 2.3 juta jangkaan.  Data sebelumnya juga dikemaskini lebih buruk kepada 2.27 juta.  Pada masa yang sama, “new home sales” dilaporkan meleset dari jangkaan, 480 ribu berbanding 510 ribu.  Ini sekaligus memudarkan spekulasi kenaikan “interest rate” AS seawal Jun ini.

telegram-moshed

Di pasaran Jepun, berita utama yang akan datang adalah pada akhir bulan ini, dari mesyuarat Bank of Japan.  Walau bagaimanapun, BoJ dilihat tidak akan menambah lebih banyak rangsangan sehingga terdapat bukti yang mutlak, iaitu kejatuhan CPI atau lebih penting lagi, penurunan GDP. Secara teknikal, masih terdapat banyak lagi penjual Dollar terutamanya pada paras 120 Yen.

Penganalisis di Kumpulan UOB berkata “Kami tidak melihat kenaikan semasa sebagai sebahagian daripada fasa ‘uptrend’ tetapi lebih kepada ‘consolidation’. Bagi beberapa minggu yang akan datang, kami menjangkakan pair ini akan didagangkan antara 118.50 dan 120,85. ”

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register