728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-015

Dollar Yen berada dalam dagangan tipis Rabu semalam, susut lebih 30 pips ke paras terendah harian sekitar ¥120.80 sebelum menutup sekitar paras ¥120.90; setelah pasaran Jepun mula bercuti untuk Krismas, dan para trader dilihat menutup kontrak mereka untuk menghadapi hujung tahun. Dollar AS berundur terhadap kebanyakan matawang utama dan matawang negara membangun, selepas penganalisis meramalkan Federal Reserve AS boleh menahan satu lagi kenaikan kadar sehingga bulan April depan.

Di pasaran Amerika Syarikat, Jabatan Perdagangan AS berkata semalam bahawa tempahan barangan tahan lama, termasuk barang-barang pengangkutan, tidak berubah bulan lalu, berbanding ramalan bagi penurunan sebanyak 0.6%. Tempahan teras, tidak termasuk barang-barang pengangkutan yang tidak menentu, jatuh sebanyak 0.1% pada bulan November, mengecewakan jangkaan bagi kenaikan sebanyak 0.1%. Satu laporan berasingan pula menunjukkan bahawa perbelanjaan peribadi meningkat 0.3% pada bulan lepas, menepati ramalan pasaran. Pendapatan peribadi, sementara itu, meningkat 0.3%, di atas ramalan bagi kenaikan 0.2%.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran Jepun Selasa lalu, Kerajaan Jepun diberitakan merancang untuk membelanjakan sekitar $800 bilion bermula April depan bagi menjana aktiviti ekonomi negara matahari terbit itu.  Hari ini Jepun bakal menyiarkan minit mesyuarat BoJ yang terbaru dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurangan dari 271 ribu kepada 270 ribu pemohon.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register