728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen yang melonjak lebih 45 pips pada sesi pagi London, ke paras tertinggi harian sekitar 119.35, menjunam semula lebih 50 pips ke paras 118.80 pada pagi sesi New York, Isnin semalam.  Data “home sales” Amerika Syarikat dilaporkan meleset dari jangkaan, 4.82 juta berbanding 4.97 juta dan 5.04 juta pada sebelumnya.

Buat masa ini, Dollar mula kurang sokongan belian, gara-gara Federal Reserve Amerika Syarikat yang masih ragu-ragu tentang masa yang tepat, tentang kenaikan “interest rate”.  Mesyuarat FOMC baru-baru ini menyatakan kerisauan tentang kadar inflasi yang masih dibawah sasaran dan gaji pekerja yang masih lemah sebagai batu penghalang kenaikan segera “interest rate” AS.

telegram-moshed

Di Jepun pula, laporan minit mensyuarat Bank of Japan menunjukkan, Yen telah pun berada pada paras yang selesa untuk pembangunan ekonomi, dan program stimulus boleh ditangguhkan buat sementara waktu, menurut Etsuro Honda – penasihat kepada perdana menteri Shinzo Abe.

Hari ini, Yen dilihat bakal menguasai pasaran walaupun tiada sebarang data ekonomi dari Jepun, lantaran data “consumer confidence” Amerika Syarikat yang dijangka meleset dari 102.9 kepada 99.6 dan juga sentimen pasaran yang lemah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register