Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Feb 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Feb 2016

Dollar Yen susut lebih 125 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥111.75 sebelum menutup sekitar paras ¥112.10; setelah Bloomberg melaporkan bahawa Yen menguat selepas penetapan harian paling lemah untuk Yuan China dalam tempoh enam minggu, mendorong pelabur kepada matawang ‘safe-haven’.

Di pasaran Jepun, indeks ekuiti Topix mengembalikan kenaikan sebelumnya dan harga kontrak enam bulan menunjukkan trader ‘opsyen’ berada dalam keyakinan paling tinggi terhadap Yen sejak 2011. People Bank of China menurunkan kadar untuk Yuan sebanyak 0.17% dan penetapan itu lebih rendah berbanding jangkaan ramai, menurut Sue Trinh, ketua strategi tukaran asing Asia di Royal Bank of Kanada.

“Dollar Yen kehilangan momentum apabila permintaan pelabur untuk saham Tokyo pudar. Komen dari pihak berkuasa AS juga memberati Dollar,” kata Kaneo Ogino, pengarah di firma penyelidikan forex Global Info Co di Tokyo. Seorang pegawai kanan Perbendaharaan AS berkata kepada pemberita semalam bahawa mesyuarat di Shanghai akan mengulangi pentingnya komitmen ke arah mengelakkan ketidaksejajaran dalam kadar forex.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!