728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Mac 2016

Dollar Yen yang melonjak lebih 73 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥112.90, kembali jatuh lebih 54 pips untuk menutup sekitar paras ¥112.36; setelah permintaan terhadap aset ‘safe-haven’ Dollar dan Yen menunjukkan bahawa pelabur global bimbang tentang kemungkinan peningkatan aktiviti pengganas, berikutan letupan bom di lapangan terbang Brussels.

Dalam pada itu, di pasaran Amerika Syarikat, pelabur memberikan reaksi yang bercampur-campur terhadap komen dari dua pengerusi Feds San Francisco dan Atlanta yang memberikan komen positif terhadap kenaikan kadar AS.  Sebelum daripada itu, pengerusi Feds Janet Yellen minggu lepas dalam mesyuarat FOMC, memberikan komen yang negatif terhadap ekonomi AS.  Malah jangkaan kenaikan kadar dikurangkan kepada 2 kali tahun ini.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, pengerusi Feds Chicago Charles Evan mengatakan beliau menjangkakan kenaikan kadar sebanyak dua kali tahun ini, bergantung kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi dan pasaran pekerjaan. Seandainya ekonomi tumbuh sekitar 2-2.5% dan kadar pengangguran jatuh kepada 4.75%, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengundi bagi kenaikan kadar.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 265 ribu kepada 267 ribu; dan tempahan barangan tahan lama untuk bulan Februari yang dijangka berkurang dari 4.9% kepada 3% di bawah sifar.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register