USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Mar 2015

0 10

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen menyusut sedikit sekitar 55 pips Isnin semalam, dalam dagangan tipis dengan paras tertinggi harian sekitar 120.15 dan terendah sekitar 119.60, sebelum menutup pada sekitar 119.70; sekaligus membentuk ‘bearish doji candle’ di carta harian yang menunjukkan ketidaktentuan arah pasaran yang dipenuhi ‘bearish’ sentimen ketika ini. Pivot mingguan berada sekitar 120.30 dan pivot bulanan pula sekitar 118.95

Di Amerika Syarikat, “existing home sales” dilaporkan meningkat dari sebelumnya, 4.88 juta berbanding 4.82 juta, walaupun kurang dari jangkaan 4.9 juta.  Ketika ini pasaran masih terkesan dari minit mesyuarat FOMC Federal Reserve minggu lepas apabila jangkaan pasaran terhadap kenaikan “interest rate” AS pada April ini, dikecewakan oleh presiden Feds, Janet Yellen.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data CPI tahunan yang dijangka stabil pada -0.1% dan CPI teras tahunan yang juga dijangka stabil pada 1.6%  Data “new home sales” bulanan juga bakal dilaporkan, namun dijangka mengurang dari 480 ribu kepada 470 ribu buah rumah yang terjual pada bulan lepas.  Dengan ketiadaan data ekonomi dari Jepun sehingga Khamis ini, Dollar dilihat berpotensi menggugat pasaran, terutamanya jika data ekonominya mengatasi jangkaan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa