728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen memacu naik lebih 80 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, sekaligus mencapai paras tertinggi sekitar 119.60 pada pagi sesi New York Selasa semalam; walaupun “consumer confidence” Amerika Syarikat dijangka meleset dari jangkaan, 99.6 berbanding 102.9  Diberitakan spekulasi melanda pasaran lagi bahawa Bank of Japan bakal menyuntik dana ransangan kedalam pasaran, menyebabkan Yen jatuh nilai.

Menurut Teikoku Databank Ltd.,  bilangan syarikat yang muflis gara-gara kelemahan Yen meningkat kepada 345 buah, iaitu 2.7 kali lebih banyak dari 2013 dan jumlah syarikat yang isytihar muflis berkurang sebanyak 11%.  Data kerajaan pula menunjukkan kadar pengangguran jatuh ke paras terendah sejak 1997 pada December tahun lepas.  Menurut sebilangan pegawai BoJ, terdapat kilang yang kembali beroperasi di Jepun menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan yang baru.

telegram-moshed

Menurut penasihat perdana menteri, En Honda, kadar tukaran USD|JPY antara 117 ke 120 Yen bagi setiap Dollar, adalah kadar yang sihat dan selesa untuk perkembangan ekonomi Jepun.  Hari ini dengan ketiadaan data ekonomi dari Jepun, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya dengan kenyataan presiden Feds Janet Yellen yang boleh mengejutkan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register