banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar ¥112.30 ke setinggi ¥113.00, sebelum menutup sekitar paras ¥112.90; setelah Dollar mendapat momentum terkesan daripada komen-komen presiden Feds cawangan yang positif.  Yang terbaru, presiden Feds St. Louis James Bullard yang menyokong lebih banyak kenaikan kadar pada tahun ini.

Encik Bullard berkata dalam satu temu bual bahawa pembuat dasar harus mempertimbangkan untuk menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC bulan April. Presiden Feds Philadelphia berkata awal minggu ini, bahawa beliau lebih suka dengan sekurang-kurangnya tiga kenaikan sebelum akhir tahun. Ulasan tersebut telah membantu Dollar pulih dari kerugian yang dialami pada minggu lalu, apabila Feds menunjukkan nada berhati-hati terhadap ekonomi dan mengurangkan unjuran kenaikan kadar bagi tahun ini kepada dua daripada empat.

Dalam pada itu, tuntutan pengangguran AS yang dilaporkan semalam adalah bertambah baik dengan 265 ribu tuntutan, berbanding 267 ribu jangkaan. Malah angka sebelum ini disemak semula lebih rendah dari 265 ribu kepada 259 ribu.  Tempahan barangan tahan laman juga hanya susut -2.8% berbanding -3.0% jangkaan, tetapi angka sebelum ini disemak lebih rendah dari 4.9% kepada 4.7%

telegram-moshed

telegram-moshed

Di psaran Jepun, minit mesyuarat Bank of Japan yang dikeluarkan semalam, menunjukkan ketegangan yang memuncak ke atas kadar negatif. “Semua risiko yang saya tegaskan sebagai kesan sampingan daripada kadar negatif … sudah menunjukkan diri mereka,” Ringkasan yang memetik komen ahli lembaga dasar semasa mesyuarat dasar pada 14-15 Mac lalu. Ahli tersebut, yang identitinya tidak didedahkan, mengkritik keputusan yang dibuat pada bulan Januari untuk mengenakan caj tahunan 0.1% pada beberapa deposit yang dipegang oleh bank perdagangan.

Ia telah menambah kepada keraguan terhadap keupayaan BOJ untuk meransang ekonomi dengan cara lain – pelonggaran kuantitatif – dan mencetuskan kebimbangan di kalangan bank-bank dan pendeposit, menurut ahli tersebut. Ada juga menyatakan bahawa “pengeluaran” daripada kadar negatif adalah “lebih baik,” walaupun berbuat demikian boleh “mengelirukan pasaran dan menjejaskan kredibiliti” BoJ.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa “layanan istimewa” boleh menghantar isyarat bahawa BoJ telah “mencapai had” pada kadar negatif. Ia adalah kemungkinan besar merujuk kepada keputusan pada bulan Mac untuk mengecualikan wang tunai yang didepositkan oleh pengguna bagi dagangan saham daripada kadar negatif.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register