728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 70 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 119.95 hingga ke serendah 119.20  Kadar tukaran USD|JPY yang meyusut lebih 60 pips pada sesi Asia, kembali mendapat sokongan belian sekitar 119.20; setelah Amerika Syarikat melaporkan CPI dan “new home sales” yang lebih baik dari jangkaan.

“New home sales” Amerika Syarikat dilaporkan pada 539 ribu berbanding 500 ribu pada sebelumnya dan 470 ribu jangkaan.  CPI juga dilaporkan bertambah baik, walaupun masih jauh dari sasaran Feds sebanyak 2%.  Reaksi pasaran yang dilihat tidak begitu teruja, menunjukkan sentimen Dollar pasca mesyuarat FOMC, masih lagi mencari titik tenang dalam fasa ‘correction’.

Buat masa ini, majority penganalisa menjangka kenaikan “interest rate” pada sekitar September 2015 dan pasaran dijangka ‘ranging’ dalam julat 119.00 hingga 122.00 sehingga tempoh tersebut.  Hari ini dengan “durable goods orders” Amerika Syarikat yang dijangka dilaporkan mengurang dari 2.8% kepada 0.4%; dilihat membantutkan dominasi Dollar, melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register