Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen jatuh lebih 65 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 122.30 sebelum menutup sekitar paras 122.55; setelah Yen mendapat permintaan dari kegiatan mengambil untung belian sebelum cuti ‘Thanksgiving’ di Amerika Utara esok.  Pada masa yang sama, kajian menunjukkan bahawa kira-kira 90% daripada trader utama dan ahli ekonomi menjangka Feds akan menaikkan kadar pada pertengahan bulan Disember. Sejak beberapa bulan lepas, pulangan nota-dua tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak hampir 37 mata asas kepada 91 mata asas.

Pulangan kontrak dana niaga hadapan Feds untuk Disember, telah meningkat sebanyak 4.5 mata asas kepada 21.5 mata asas. Ia berhampiran kadar pulangan tertinggi dalam lebih daripada satu bulan. Ia mendiskaun sepenuhnya kenaikan kadar 25 mata asas, jika pasaran menganggap bahawa kadar dana Feds mencapai purata 30 mata asas. Bagi meyakinkan bahawa kitaran akan terhad dan kenaikan adalah secara beransur-ansur, Feds boleh menyediakan mudah tunai yang mencukupi untuk mengekalkan kadar dana Fed di bawah 0.5%.

telegram-moshed
telegram-moshed

Di pasaran Jepun, Kerajaan Jepun tidak lama lagi akan memperkenalkan dasar bajet asas yang akan mengambil langkah ke hadapan yang mantap terhadap pembinaan semula fiskal. Kerajaan pada dasarnya akan mengekalkan rancangan untuk membendung kenaikan dalam perbelanjaan umum dalam tempoh tiga tahun dari tahun fiskal 2016, yang bermula pada bulan April depan, kepada kira-kira ¥1.6 trilion.

Dasar bajet asas akan menyatakan bahawa kerajaan akan membiayai langkah-langkah untuk dasar utama pentadbiran Perdana Menteri Shinzo Abe, dengan bajet utama tahun fiskal 2016 dan juga belanjawan tambahan bagi tahun fiskal 2015.  TCW Group Inc. berkata bahawa Bank of Japan telah membuat kesilapan dan harus keluar daripada pelonggaran kuantitatif dengan seberapa segera yang mungkin. Invesco Ltd. pula berkata bahawa kesilapan BoJ adalah hanya tidak bermula lebih awal.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register