728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 26 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016Dollar Yen membuka pasaran hari ini, sekitar 120.45, selepas bercuti Khamis semalam sempena hari Krismas.  Walau bagaimanapun, pasaran Jepun yang tidak bercuti semalam melaporkan – “comsumer price index” yang mengurang dari 2.9% kepada 2.4%, “unemployment” yang stabil pada 3.5% berbanding jangkaan 3.6%, “industrial production” jatuh teruk kepada -0.6% berbanding jangkaan 0.8% dan “household spending” yang bertambah baik dari -3.6% kepada -2.5%

Permintaan terhadap Dollar melonjak Selasa lalu lantaran angka GDP Amerika Syarikat yang keluar jauh lebih baik dari jangkaan.  Pada masa yang sama juga, perbelanjaan pengguna meningkat lebih cepat dari jangkaan menunjukkan ekonomi yang semakin pulih.  Dalam satu bancian oleh Bloomberg, para pedagang menjangkakan Federal Reserve AS bakal menaikkan “interest rate” pada September 2015.

Parlimen Jepun yang mengesahkan Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri Jepun Rabu lalu, telah menjadikan beliau Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dalam masa 40 tahun.  Beliau yang menjadikan ekonomi sebagai fokus utama pilihanraya umum 14 December lalu, mengatakan kemenangan beliau adalah satu mandat dari rakyat untuk meneruskan program ransangan ekonomi ala “Abenomics”.

Semenjak Shinzo Abe mengambil alih kuasa December 2012, Yen telah menyusut lebih 30% berbanding Dollar dan membantu index Topix Jepun meningkat lebih 75% serta syarikat seperti Toyota Motor menjana lebih pendapatan dari eksport.

Hari ini data berimpak sederhana “labor cash earnings” tahunan dari Jepun bakal dilaporkan dan dengan ketiadaan data dari Amerika Syarikat sehingga Selasa depan; pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan mood percutian sempena Krismas, dan tahun baru 2015 minggu depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register