728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-018

Dollar Yen menyusut lebih 120 pips Jumaat lalu, untuk menutup minggu lepas, sekitar 117.75, dibawah pivot bulanan, sekitar 119.10, sekaligus mengekalkan fasa “downtrend” pada carta harian dan mingguan.  Yen dijangka terus mendapat permintaan dalam masa terdekat, ekoran permintaan terhadap aset “safe-haven” gara-gara krisis politik di Greece, dan kegiatan mengambil untung oleh para pelabur Jepun yang menjual Yen sejak 3 tahun lalu.

Index Dow Jones Amerika Syarikat yang juga telah memasuki fasa “downtrend” pada carta mingguan, sedang menguji permintaan di paras pivot bulanan, sekitar 17,692.50, dan kemudian menutup pada 17,648.50, mengesahkan keadaan pasaran ekuiti yang sedang berdepan dengan ketepuan.  Keadaan yang sama juga dilihat di Index Nikkei Jepun, walaupun harga masih menutup diatas paras pivot bulanan, sekitar 17,293 pada minggu lepas.

Dollar Yen membuka pasaran hari ini dengan sedikit “gap down”, apabila pilihanraya presiden Greece dimenangi oleh Parti Syriza Ahad semalam.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati dan lebih meminati strategi “sell-on-rally” dalam masa terdekat.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register