banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 30 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 121.75 ke serendah 121.45 lantaran pasaran Amerika Syarikat yang bercuti sempena “Memorial Day”.  Awal pagi semalam, imbangan perdagangan Jepun dilaporkan lebih baik dari jangkaan dengan lebihan dagangan ¥229.3 bilion berbanding jangkaan defisit ¥318.9 bilion.

Eksport Jepun pada April meningkat 8.0% daripada setahun yang lalu, mengatasi jangkaan peningkatan 6.4% dan menunjukkan pemulihan beransur-ansur dalam permintaan luar negeri. Tetapi import jatuh lebih daripada yang dijangkakan, turun 4.2% setahun, berbanding dengan jangkaan penurunan hanya 1.5%. Imbangan perdagangan sebelumnya dikemaskini lebih baik, kepada defisit yang mengurang sebanyak  ¥53.4 bilion.

telegram-moshed

Lebihan dagangan ini adalah yang pertama sejak Jun 2012, dan ini bakal menjadi bukti yang Abenomics telah berjaya.  Bank of Japan dijangka bakal melancarkan ransangan seterusnya akhir tahun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register