USDJPY Analisa Fundamental Harian 26 Oct 2015

0 6

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen terus memacu naik lebih 120 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.45 sebeum menutup sekitar paras yang sama; setelah Dollar melonjak lantaran data perdagangan Jepun yang lemah telah memburukkan kebimbangan yang meluas ke atas ekonomi China dan kemerosotan dalam pertumbuhan global; sekaligus menolak pelabur ke matawang safe-haven seperti Dollar.

Di pasaran Jepun, pembeli rumah mula bertaruh bahawa pelonggaran dasar monetari yang tidak pernah berlaku sebelum Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda, akan menyebabkan kadar pinjaman meningkat; walaupun inflasi jauh di bawah sasaran rasmi 2%.  Pada masa yang sama, sentimen pasaran terhadap ransangan tambahan Bank of Japan yang dijangka diumumkan pada mesyuarat 30 Oktober ini, terus menjadikan Yen lemah berbanding Dollar.

Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah baru yang dijangka menurun dari 552 ribu buah kepada 546 ribu buah.  Tiada sebarang data ekonomi dari Jepun hari ini.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa