728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen memecahkan ‘resistance’ di pivot harian dan mingguan sekitar 118.80-90 Khamis semalam selepas “core CPI” dan “durable goods orders” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Walau bagaimanapun “unemployment claims” dilaporkan pada 313 ribu berbanding 288 ribu jangkaan.  Pertambahan penganggur yang memohon bantuan pengangguran ini menunjukkan pasaran buruh AS yang mula melemah.

Agak menghairankan pasaran memberi reaksi positif kepada Dollar, sedangkan inilah antara perkara yang mengusarkan Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate”.  Kelemahan pasaran pekerjaan dan inflasi yang dibawah sasaran telah dikenalpasti sebagai perkara yang perlu ditangani sebelum “interest rate” boleh dinaikkan seperti kenyataan presiden Feds kepada kongres Amerika Syarikat semalam.

telegram-moshed

Hari ini, awal pagi nanti pelbagai data ekonomi Jepun bakal dilaporkan dan yang menjadi perhatian adalah “jobs/applicants ratio” yang dijangka stabil pada 1.15, “national CPI” tahunan, “unemployment rate” yang juga dijangka stabil pada 3.4%, “retail trade” tahunan yang dijangka merudum dari 0.2% kepada -1.3% dan “household spending” tahunan yang juga dijangka merudum dari -3.4% kepada -4.1%

Amerika Syarikat pula bakal melaporkan GDP yang dijangka meleset dari 2.6% kepada 2.1%, “purchasing manager index” yang dijangka merudum dari 59.4 kepada 58, “consumer sentiment index” yang juga dijangka merudum dari 98.1 kepada 94.  Pasaran dijangka ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register