728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen memacu naik semula lebih 120 pips, dari paras terendah sesi Asia Isnin semalam, sekitar 117.26; apabila para pelabur mengambil peluang kejatuhan nilai tukaran USD|JPY pada Jumaat lalu untuk membuat pertukaran dan pemindahan dana dari Jepun ke Amerika Syarikat.  Pada masa yang sama, pasaran yang ditutup dengan “bullish doji candle” minggu lepas, menandakan pasaran yang masih bullish dan berhati-hati.

Pasaran yang secara umumnya masih terkesan dari kejutan SNB, kemudian pengumuman “Quantitative Easing” (QE) dari ECB, dan kemenangan parti Syriza dalam pilihanraya Greece Ahad semalam; dilihat lebih memilih untuk mengambil sikap tunggu dan lihat, sekaligus menjadikan pasaran dalam mood “risk-off”.  Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda dalam ucapannya di sidang ekonomi Davos Switzerland mengatakan, BoJ akan lebih kreatif dalam menjana perkembangan ekonomi Jepun.

telegram-moshed

Menurutnya lagi, polisi adalah sesuatu yang fleksibel dan boleh berubah sekiranya keadaan memerlukan.  Merujuk kepada sasaran inflasi Jepun yang mungkin boleh berubah arah kepada deflasi, BoJ bersedia untuk mengambil segala langkah yang perlu untuk mengatasinya.  Para penganalisa melihat, menerbitkan bon-bon kerajaan tempatan adalah sesuatu yang boleh mendapat sokongan awam dan membantu ekonomi masyarakat setempat.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun hari ini, Dollar dilihat bakal menguasai pasaran terutamanya dengan jangkaan data ekonomi “new home sales” dan “durable good orders” Amerika Syarikat yang dijangka bertambah baik.  “New home sales” dijangka meningkat dari 440 ribu kepada 450 ribu dan “durable good orders” dijangka meningkat sebanyak 1.3%.

Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register