728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen susut lebih 45 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 123.60 sebelum menutup sekitar paras 123.80; selepas pasaran tidak menunjukkan tindak balas kepada pemulihan Dollar AS dalam sesi Asia. IMF memberi amaran bahawa ekonomi Jepun tidak mungkin berkembang sekuat yang kerajaan Perdana Menteri Abe inginkan dalam jangka masa sederhana, disebabkan oleh kekurangan buruh dalam masyarakat Jepun yang semakin tua itu.

Pentadbiran Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan bulan lalu, untuk mencapai perkembangan ekonomi sebenar sekitar 2% atau lebih, untuk mencapai matlamat pembaharuan fiskal 2020. Tetapi dalam suatu laporan tahunan mengenai ekonomi Jepun, IMF berkata bahawa “pertumbuhan dijangka stabil pada sekitar 0.7% dalam jangka sederhana.”  Dalam versi terkini laporan World Economic Outlook, IMF mengunjurkan ekonomi Jepun akan berkembang sekitar 0.8% pada 2015 dan 1.2% pada 2016.

“Keraguan tentang kemampanan fiskal dalam jangka panjang, boleh membawa kepada kenaikan dalam premium kepada risiko, yang akan memaksa pelarasan fiskal mendadak serta maklum balas yang buruk kepada sistem kewangan dan ekonomi sebenar,” menurut IMF. “Keperluan pembiayaan Jepun yang sangat tinggi menunjukkan kelemahan, sekiranya berlaku perubahan dalam persepsi pasaran.”

“Bank of Japan harus bersedia untuk meningkatkan rangsangan monetari dan menyediakan panduan yang lebih kukuh untuk pasaran,” tambah IMF lagi, yang mengunjurkan BoJ tidak akan mencapai sasaran inflasi dalam jangka masa sederhana.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register