banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen yang menjunam lebih 120 pips pada sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, kembali mendapat sokongan belian pada sekitar 118.30 dan memacu naik semula ke paras terendah hari Rabu yang dibolosi pda sekitar 119.20; sebelum menutup pada sekitar 119.15, sekaligus menyebabkan kadar tukaran USD|JPY berada di atas pivot hari ini pada sekitar 119.05

Di Amerika Syarikat, data “unemployment claims” dilaporkan lebih baik dari jangkaan. Jumlah pemohon bantuan pengangguran AS, berkurang sebanyak 9 ribu kepada 282 ribu berbanding 290 ribu jangkaan.  Purchasing Manager Index (PMI) juga dilaporkan lebih baik pada 58.5 berbanding 57.2 sebelumnya dan 57 jangkaan.

telegram-moshed

Di Jepun. Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda berkata tiada perubahan pada trend inflasi dan kejatuhan baru-baru ini ke sehampir sifar, hanyalah sementara.  Menurut beliau lagi, setelah harga minyak menstabil, inflasi pasti meningkat semula.  Harga minyak mentah yang merudum banyak membantu Jepun, yang banyak mengimpot minyak untuk kegunaan industrinya,

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan GDP tahunan yang dijangka meleset kepada 2.4% berbanding 5% pada sebelumnya.  Jepun pula bakal melaporkan CPI dan “unemployment rate” yang dijangka mengurang dari 3.6% kepada 3.5%  Keadaan ini dilihat memihak kepada Yen, walaupun GDP Amerika Syarikat boleh memberi kejutan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register