728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen jatuh lebih 90 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 120.60 sebelum menutup sekitar paras 121.10; setelah Dollar AS lemah lantaran jualan rumah baru yang dilaporkan jatuh sebanyak 11.5% – paras terendah dalam setahun sejak Nov 2014.  Para pedagang dilihat mula bersedia untuk mesyuarat Bank of Japan pada 30 Oktober ini. Kemungkinan rangsangan tambahan bakal melemahkan mata wang negara matahari terbit itu.

Jumaat ini pembuat dasar Bank of Japan bakal bermesyuarat untuk semakan kadar penting, lantaran tanda-tanda kemelesetan yang semakin meningkat dan kejatuhan harga minyak yang mencabar BoJ dan ekonomi keempat terbesar dunia itu, untuk berada di landasan yang betul dalam mencapai sasaran inflasi 2%.  Walaupun BoJ dijangka menurunkan angka ramalannya, ramai pegawai-pegawainya lebih cenderung untuk mengekalkan dasar sedia ada.

telegram-moshed

Program ransangan yang sudah sedia besar itu, dilihat hanya membawa kesan yang terhad dan mereka berharap bahawa ekonomi Jepun akan keluar daripada belenggu itu tahun depan, apabila permintaan global bagi eksportnya meningkat, sekaligus mempercepatkan inflasi ke arah sasaran BoJ.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register