banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

Dollar Yen melonjak lebih 70 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥111.75 sebelum menutup sekitar paras ¥111.43; setelah mesyuarat FOMC Federal Reserve AS mengekalkan kadar pada awal pagi tadi. Pada masa yang sama, pasaran bersedia menjelang keputusan kadar BoJ hari ini yang dijangka menjadi satu lagi tindakan Bank Pusat yang dinanti-nanti.

Di pasaran Amerika Syarikat, Federal Open Market Committee (FOMC) dalam mesyuarat awal pagi tadi, mengekalkan kadar tidak berubah dalam julat 0.25% – 0.5% selepas kenaikan kali pertama dalam satu dekad pada Disember tahun lalu.  FOMC juga dilihat mengeluarkan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi global dari kenyataannya, dan menekankan bahawa kenaikan kadar seterusnya akan bergantung kepada prestasi ekonomi semasa.

telegram-moshed

Sebaik sahaja mesyuarat FOMC selesai, Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) memacu naik 0.16% pada 18,019.98 mata dan indeks S&P500 naik 0.05% pada 2,092.60 mata.  Kedua-dua indeks tersebut mendatar sebelum keputusan kadar tersebut.  Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, naik 0.03% pada 94.48 mata, selepas jatuh sebelum itu.

telegram-moshed

Selepas Fed, ia akan menjadi giliran BoJ untuk menggerakkan pasaran. Ramai pemain pasaran menjangkakan Bank Pusat Jepun itu akan mengambil beberapa bentuk langkah pelonggaran dasar monetari termasuk peningkatan dalam pembelian saham dan penurunan kadar pinjaman.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register