Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen terus memacu naik lebih 100 pips sepanjang sesi Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥119.05 sebelum susut semula selepas mesyuarat FOMC Federal Reserve AS, untuk menutup sekitar paras ¥118.65; setelah pasaran bersedia menjelang mesyuarat Bank of Japan Jumaat esok.  Dalam mesyuarat FOMC awal pagi tadi, jawatankuasa mengatakan ekonomi AS tumbuh perlahan pada suku keempat 2015 dan inflasi dijangka rendah dalam masa terdekat.

Setiap baris kenyataan FOMC menunjukkan Feds yang kurang teruja dengan perkembangan ekonomi AS, sekaligus memudarkan spekulasi satu lagi kenaikan kadar pada Mac ini.  Walau bagaimanapun, masih ada 7 minggu lagi dan 2 laporan NFP sebelum mesyuarat tersebut, dan keadaan boleh berubah dengan cepat pada bila-bila masa.  Di pasaran hadapan, kontrak kadar AS menunjukkan para trader tidak menjangka sebarang kenaikan sehinggalah June depan.

telegram-moshed

Di pasaran Jepun pagi tadi, jualan runcit tahunan dilaporkan turun lagi sebanyak 1.1% dibawah sifar berbanding jangkaan kenaikan 0.1%.  Malam nanti, AS pula bakal melaporkan tempahan barangan tahan lama yang djangka turun kepada 0.6% dibawah sifar dan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurang dari 293 ribu kepada 281 ribu pemohon.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register