728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 28 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen melonjak lebih 115 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.25 sebelum menyusut semula dan menutup sekitar paras 120.50; setelah dolar AS kembali pulih dan mendapat momentum baru selepas Pengerusi Feds Janet Yellen menunjukkan bahawa Feds bertegas akan menaikkan kadar pada tahun 2015 ini.

Sebelum daripada itu, inflasi Jepun disiarkan seperti jangkaan walaupun ia masih dalam negatif.  Harga pengguna di Jepun jatuh buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, dan ini mengecewakan Bank of Japan dalam memulihkan semula ekonomi untuk kembali ke dalam pertumbuhan.  Indeks CPI teras jatuh 0.1% daripada tahun sebelumnya, berbanding 0% pada bulan Julai. Kali terakhir inflasi teras Jepun berada dalam negatif adalah pada April 2013.

telegram-moshed

Dalam pada itu Dolar AS pula meningkat dalam dagangan Asia, selepas Presiden Federal Reserve Janet Yellen berkata bank pusat AS itu masih berada di atas landasan yang betul untuk menaikkan kadar pada akhir tahun ini.  Setelah melonjak lebih daripada 55% sejak lewat tahun 2011, kenaikan dalam kadar tukaran USD/JPY akan berakhir dan ia kini adalah masa untuk berfikir tentang strategi jualan.

telegram-moshed

Itulah panggilan dari Joseph Capurso, ahli strategi mata wang kanan di CBA, yang percaya sekarang adalah masa untuk kembali kepada strategi “sell on rally” dan bukannya “buy on dip” apabila bercakap tentang USD/JPY.  Capurso menawarkan dua sebab: 1. lebihan akaun semasa Jepun yang semakin membesar 2. prospek turun naik pasaran negara membangun berikutan kadar yang lebih tinggi di Amerika Syarikat.

“Lebihan akaun semasa Jepun telah meningkat dengan ketara pada tahun lepas daripada defisit sebanyak 1.1% daripada GDP pada suku pertama 2014, kepada lebihan sebanyak 3.4% daripada GDP pada suku kedua 2015. Lebihan akaun semasa yang besar amat menyokong permintaan untuk yen,” menurut Capurso.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register