banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen menutup lebih rendah Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 119.20 ke serendah paras 118.75; setelah laporan jualan runcit Jepun dilapor mengecewakan dan keyakinan pengguna di Amerika Syarikat terhadap ekonomi negara itu, mula goyah.  “Consumer confidence” AS dilaporkan pada 95.2 berbanding 101.6 jangkaan dan 101.4 pada sebelumnya.

Di pasaran Jepun pula,dua agensi penarafan kredit menurunkan taraf kredit Jepun dan mendesak Perdana Menteri Abe untuk mengambil tindakan yang lebih positif bagi merangsang ekonomi. Penurunan ketara dalam jualan runcit pagi semalam turut memberi kesan kepada mata wang. Jualan runcit tahunan di Jepun jatuh 9.7% pada bulan Mac, dengan jumlah ¥12.396 trillion, menurut Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun.

Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Jepun dengan memetik kekurangan langkah-langkah struktur untuk menggantikan kenaikan cukai jualan tertangguh. Penarafan kredit diturunkan kepada ‘A’ dari ‘A +’ dan pandangan masa depan ditarafkan stabil.  Moody pula telah menurunkan kedudukan Jepun pada bulan Disember lalu, selepas kerajaan Jepun menangguhkan kenaikan cukai jualan yang kedua.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register