banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017Dollar Yen yang membuka pasaran Jumaat lalu dengan “gap down”, selepas cuti Krismas, mengakhiri minggu lalu dengan menutup “gap” tersebut dan berlegar sekitar 120.35 sebelum pasaran ditutup.  Pedagang dan pelabur yang rata-rata dalam mood percutian, menyebabkan pasaran dalam dagangan tipis.

Minit mesyuarat Bank of Japan yang dikeluarkan Khamis lalu melaporkan, ahli lembaga pengarah menyeru kerajaan untuk berusaha mengembalikan kekuatan dasar fiskal negara.  Seruan yang jarang dibuat itu, dilaporkan sebulan selepas BoJ merangsang ekonomi negara dengan pengembangan stimulus kewangannya.

Dalam mensyuarat November lalu, BoJ mengekalkan dasar kewangannya dengan penambahan stimulus berjumlah 80 trillion Yen ($676 bilion) setahun bagi pembelian bon-bon kerajaan dan 3.5 trillion Yen diperuntukkan untuk menjana ekonomi melalui pasaran komersil dan terbuka.  Menurut gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda, kejatuhan harga minyak baru-baru ini banyak memberi manfaat pada ekonomi Jepun dengan import minyak yang murah bagi penjanaan aktiviti ekonomi.

telegram-moshed

Dengan ketiadaan sebarang data ekonoi dari Jepun mahupun Amerika Syarikat hari ini, pasaran dijangka terus dalam suasana “ranging” dengan dagangan tipis.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register