728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen bangkit semula lebih 45 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥120.60, setelah merudum lebih 325 pips sejak 18 Disember lalu, apabila Bank of Japan mengumumkan tiada sebarang ransangan tambahan dalam masa terdekat. Dollar diniagakan sekitar ¥120.40 apabila pasaran menutup pada petang New York semalam.

Data kerajaan Jepun yang dilaporkan semalam menunjukkan bahawa kadar pengangguran negara matahari terbit itu jatuh kepada paras dua dekad terendah pada bulan Oktober lalu, ditengah-tengah pasaran buruh yang ketat dan kenaikan upah yang terhad – pendorong penting perbelanjaan pengguna dan inflasi. Data mengenai gaji tersebut menimbulkan keraguan ke atas sasaran inflasi BoJ sebanyak 2% pada awal 2017. Ia juga telah menimbulkan persoalan ke atas pendekatan “Abenomics” untuk pemulihan ekonomi Jepun, yang melibatkan mengepam wang tunai dalam kuantiti yang besar ke dalam ekonomi untuk meningkatkan perbelanjaan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pengeluaran industri Jepun meningkat pada bulan Oktober lalu, untuk dua bulan berturut-turut, dan jualan runcit meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan, menurut data yang dikeluarkan semalam.  Perangkaan terkini perlu meredakan kebimbangan di kalangan pembuat dasar, selepas laporan minggu lalu menunjukkan kelemahan dalam perbelanjaan isi rumah dan inflasi pengguna. Kedua aspek tersebu telah memberi tekanan kepada Bank of Japan untuk meningkatkan dana ransangan yang sudah sedia besar.

Kementerian Perdagangan Jepun berkata semalam, bahawa pengeluaran kilang meningkat 1.4% pada bulan Oktober lalu berbanding bulan sebelumnya, manakala pakar ekonomi menganggarkan kenaikan 1.9%. Angka itu meningkat 1.1% pada bulan September. Peningkatan kali ini diketuai oleh jentera untuk kegunaan umum, kereta dan elektronik.  Data yang berasingan menunjukkan jualan runcit meningkat 1.8% pada tahun berakhir Oktober, lebih daripada kenaikan yang diharapkan sebanyak 0.8%, dipacu oleh jualan pakaian, makanan dan kereta.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register