Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-013
Dollar Yen jatuh sehingga 50 pip pagi tadi selepas pengumuman keputusan Mesyuarat FOMC sebelum memacu naik kembali 80 pip dari paras terendah 117.25 berikutan pembeli USD yang menunggu pada harga rendah. Kenaikan Dollar Yen juga dibantu oleh Data Ekonomi Jepun, iaitu Retail Sales yang keluar lebih rendah daripada jangkaan.

Data Retail Sales adalah data ekonomi yang menunjukkan perubahan jualan pada tahap peruncitan, keluar hanya 0.2% sahaja berbanding jangkaan 1.1%. Ia adalah satu data yang tidak dijangka dan memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri Shinzo Abe untuk menyemarakkan pemulihan dalam ketiga-ekonomi terbesar di dunia.

Ia turun 0.3% berbanding data sebelumnya 0.5%. Satu pemulihan diperlukan untuk mengawal situasi ini setelah cukai jualan yang telah menjejaskan tahap perbelanjaan pengguna diumumkan tahun lepas.

banner-belajar-forex-percuma-300x250

Perbincangan antara pemimpin perniagaan dan buruh pada musim bunga ini akan menentukan sejauh mana keuntungan gaji yang selama ini terlalu kecil untuk mengimbangi kos hidup yang meningkat bagi pengguna.
“Ia akan mengambil masa setahun lagi atau lebih untuk penjualan barang-barang tahan lama untuk pulih daripada kemerosotan selepas kenaikan cukai jualan,” kata Takeshi Minami, seorang pakar ekonomi di Institut Penyelidikan Norinchukin. “Penggunaan tidak akan dapat membawa pertumbuhan ekonomi pada tahun 2015.”

Data berimpak tinggi daripada US iaitu Unemployment Claims yang dijangka mengurang kepada 301K lebih baik daripada 307K yang lepas bakal menekan Yen lemah berbanding US Dollar.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Beliau adalah Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 300,000 pengunjung Moshed.com setiap bulan.Follow beliau di FB personal beliau - Klik Sini