banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

Dollar Yen memacu naik lebih 55 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥113.68, selepas membuka dengan ‘gap-up’, dan kemudian susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar ¥113.43; setelah Dollar terus kukuh dan kebimbangan berterusan mengenai ekonomi Jepun menjejaskan Yen.

Kebanyakan pasaran Asia masih kekal bercuti semalam sempena ‘Easter’.  Di pasaran Jepun, kadar cukai penggunaan Jepun diberitakan bakal dinaikkan daripada 8% kepada 10% pada bulan April 2017. Spekulasi semakin meningkat, bahawa Abe boleh menunda kenaikan cukai tersebut dan memanggil pilihan raya mengejut bagi Dewan Rakyat.

“Jika kenaikan cukai tidak membawa kepada peningkatan hasil cukai, ia adalah tidak munasabah,” kata Abe. “Ia adalah normal untuk mengelakkan jalan yang meletakkan ekonomi Jepun dalam bahaya.” tambah Abe lagi. Beliau juga menafikan mempunyai sebarang rancangan untuk menyusun belanjawan tambahan bagi tahun fiskal 2016, yang bermula bulan depan, termasuk langkah-langkah rangsangan.

Dollar AS melanjutkan kenaikan awal minggu lalu, selepas satu laporan menunjukkan bahawa ekonomi AS meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada yang dianggarkan sebelum ini, sekaligus mengukuhkan kes untuk menaikkan kadar. Emas berada berhampiran paras terendah selama sebulan manakala kejatuhan Yen merangsang pasaran saham Jepun.

telegram-moshed

Keyakinan pengeluar Jepun mungkin merosot kepada paras terendah dalam tempoh hampir tiga tahun dan dijangka bertambah buruk pada suku akan datang disebabkan oleh kebimbangan pengeksport terhadap yen yang kukuh dan kebimbangan terhadap ekonomi global, menurut satu tinjauan Reuters baru-baru ini. Firma-firma besar mungkin mengurangkan pelan perbelanjaan modal bagi tahun fiskal baru yang akan bermula April ini, menurut kajian itu lagi.

Firma cenderung untuk berhati-hati dalam rancangan perbelanjaan mereka pada tahun fiskal yang baru, tetapi kebimbangan terhadap prospek keuntungan menjadikan ia tidak mungkin untuk mereka bercita-cita tinggi dalam belanjawan perbelanjaan modal mereka pada penghujung tahun ini, menurut penganalisis.

Laporan ekonomi Jepun pada minggu ini termasuklah pengeluaran perindustrian, yang mungkin merosot buat kali pertama dalam tempoh dua bulan, pada Februari berikutan permintaan lemah di Jepun dan di luar negara. Kajian suku tahun sentimen perniagaan Tankan dari Bank of Japan dijangka menunjukkan indeks sentimen pengeluar besar ‘tergelincir 4 mata kepada 8 mata daripada 12 mata pada tiga bulan lalu, menurut pungutan suara dari 23 ahli ekonomi.

“Sentimen yang semakin teruk di kalangan pengeluar besar mungkin menjadi jelas berikutan kelembapan ekonomi di luar negara dan kenaikan tajam nilai Yen,” menurut Tsuyoshi Ueno, ahli ekonomi kanan di Institut Penyelidikan NLI. “Perbelanjaan pengguna domestik yang terbelenggu, menekan mood di kalangan bukan pengeluar, tetapi permintaan yang kukuh daripada pelancong asing dan kesan kadar negatif BoJ terhadap industri hartanah mungkin akan meringankan sedikit tekanan.” tambah beliau lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register