banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 90 pips dari paras tertinggi harian sekitar 124.45 ke serendah 123.50, sebelum menutup sekitar paras 123.95, lebih tinggi dari pembukaan; selepas jualan runcit Jepun dilaporkan rendah dari jangkaan, sekaligus menyokong pandangan IMF yang melihat bahawa kerajaan Jepun perlu melaksanakan tindakan yang lebih agresif.

Jualan runcit Jepun meningkat 5.0% setahun pada bulan April, menurut data kerajaan Khamis semalam; setelah pengguna membelanjakan lebih banyak wang ke atas kereta dan barangan elektronik. Lonjakan itu sebahagian besarnya hasil daripada angka yang agak rendah pada bulan April 2014, apabila jualan runcit jatuh mendadak berikutan kenaikan cukai jualan. Ia merupakan peningkatan yang pertama dalam tempoh empat bulan, dan datang selepas kejatuhan 9.7% pada bulan sebelumnya.

telegram-moshed

Dolar meningkat kepada paras 13 tahun tertinggi berbanding Yen, melanjutkan kenaikan baru-baru ini yang didorong oleh keyakinan yang semakin meningkat bahawa tarikh kenaikan “interest rate” Federal Reserve AS tidak terlalu jauh. Dolar meningkat 0.4% pada 124.16 selepas menyentuh 124.26, paras paling tinggi sejak Disember 2002.

Pada masa yang sama, bank pusat Jepun disebut-sebut bakal melakukan lebih banyak pelonggaran dasar monetari untuk menjana ekonomi. Peluang kenaikan “interest rate” telah meningkat berikutan data AS yang kukuh minggu ini dan komen daripada pengerusi FedsJanet Yellen, bahawa “interes rate” akan naik “pada satu ketika tahun ini”. Mengenai pasaran mata wang dolar naik di atas ¥ 124 secara ringkas di New York Rabu, kali pertama sejak Jun 2007.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register