728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-018

Dollar Yen melonjak lebih 120 pips pada petang New York Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.25 sebelum menutup sekitar paras 121.10; setelah kenyataan mesyuarat FOMC Federal Reserve mengesahkan pendirian Feds yang masih mahu menaikkan kadar pada December ini.  Sebelum daripada itu, jualan runcit Jepun dilaporkan jauh di bawah jangkaan, yang mungkin mendorong Bank of Japan bertindak dalam mesyuarat dasar pada Jumaat ini.

Satu laporan dari Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri kerajaan Jepun menunjukkan jualan runcit tidak disangka-sangka jatuh 0.2% pada September daripada setahun yang lalu. Ahli ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg News telah mengunjurkan kenaikan sebanyak 0.4%.  Walau bagaimanapun, berbanding bulan lalu ia meningkat 0.7% selepas pertumbuhan yang rata pada Ogos.

telegram-moshed

telegram-moshed

Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk suku ketiga tahun ini, yang dijangka susut dari 3.9% kepada 1.6%; dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka meningkat dari 259 ribu pemohon kepada 264 ribu pemohon.  Tiada laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register