728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 29 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-013

Dollar Yen susut lebih 85 pips Isnin semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.70 sebelum menutup sekitar paras 119.90; setelah para pelabur lebih prihatin tentang arah pasaran ekuiti Amerika Syarikat, kerana fungsi utama Yen Jepun pada masa ini adalah untuk melaksanakan tugas pembiayaan mata wang.

Minggu lepas berakhir dengan Pengerusi Feds AS Janet Yellen mengatakan bahawa dia menjangkakan kadar Feds bakal dinaikkan menjelang akhir tahun. Walaupun kenaikan kadar adalah baik untuk dolar AS dalam tempoh jangka panjang, dalam jangka pendek ia boleh menjana jualan besar-besaran dalam USD/JPY jika ia mencetuskan jualan di pasaran saham. Ini kerana apabila para pelabur menjual saham AS mereka, mereka terpaksa membeli Yen Jepun untuk membayar balik pinjaman margin.

telegram-moshed

telegram-moshed

Tiada siaran ekonomi utama dari Jepun semalam, tetapi Biro Statistik Jepun melaporkan bahawa keuntungan industri China menurun 8.8% setahun pada Ogos lalu, lebih teruk daripada kejatuhan 2.9% pada Julai sebelumnya. Bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, keuntungan tahunan merosot 1.9%.  Pasaran ekuiti Asia memberi tindak balas yang bercampur-campur kepada laporan ini, dan begitu juga dengan pasaran Amerika Syarikat.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register