728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen melonjak lebih 80 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 123.65 sebelum menutup sekitar paras 123.25; setelah laporan pekerjaan sektor swasta Amerika Syarikat dari ADP menunjukkan peningkatan lebih baik dari jangkaan, pertambahan 217 ribu pekerjaan berbanding 191 ribu, malah angka sebelum ini disemak semula lebih tinggi dari 182 ribu kepada 196 ribu pekerjaan.

“Pengimport Jepun mempunyai permintaan bagi Dollar AS, jadi mana-mana data ekonomi yang baik, maka paras 124 pasti akan datang,” menurut Kaneo Ogino, pengarah di firma penyelidikan pertukaran asing Global-Info Co di Tokyo.  Pada masa yang sama, sentimen Dollar diperkukuhkan apabila, Presiden Feds Chicago Charles Evans menekankan keperluan bagi Federal Reserve AS untuk menyatakan secara beransur-ansur kenaikan kadar, dan mengingatkan pelabur supaya tidak lupa tentang kenaikan masa depan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Indeks Dollar meningkat kira-kira 0.1% kepada sekitar 99.90, selepas tergelincir di bawah paras tertinggi dalam 8-1/2 bulan sekitar 100.30 yang dicapai pada hari Isnin – sedikit rendah dari paras tertinggi dalam masa 12 tahun, sekitar 100.40 yang dicapai pada bulan Mac lalu.  Kini pelabur menunggu data NFP yang bakal dilaporkan esok, yang dijangka menunjukkan bahawa majikan bakal menambah 201 ribu pekerjaan pada bulan November, menurut pakar ekonomi yang ditinjau oleh Reuters.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 260 ribu kepada 269 ribu, disamping ISM PMI perkhidmatan yang dijangka menurun dari 59.1 kepada 58.1, serta pesanan perkilangan yang dijangka meningkat dari -1.0% kepada 1.2%. Pada masa yang sama, Pengerusi Feds Janet Yellen bakal memberi testimoni kepada kongres Amerika tentang keadaan ekonomi semasa kuasa ekonomi terbesar dunia itu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register