728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen berada dalam dagangan “ranging’ Isnin semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar 117.88 dan serendah sekitar 116.88; selepas data “manufacturing PMI” Amerika Syarikat dilaporkan pada 53.5 meleset dari jangkaan 54.5 dan pada 55.5 sebelumnya.  Permintaan terhadap aset-aset “safe-haven” dilihat mengurang, selepas mesyuarat FOMC Federal Reserve AS dan ECB, serta krisis politik Greece yang mula mengendur.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang telah berusaha keras untuk menjana semula ekonomi Jepun dan mengeluarkan negara matahari terbit itu dari deflasi; kini berdepan dengan masalah kenaikan kos import kerana kejatuhan nilai Yen, ekoran program “Abenomics” versi 1.0 yang menyaksikan nilai Yen susut lebih 4% berbanding Dollar sepanjang 2 tahun lepas.

Jepun yang telah berada pada “interest rate” sifar sejak lebih 15 tahun lalu, kini berdepan dengan hutang luar berbanding GDP, yang terbesar dikalangan negara maju – 227%.  Walau bagaimanapun, defisit dagangan negara itu pada laporan bulan December yang lalu, telah pun mengurang ke paras yang terendah sejak Jun 2013.  Jepun telah merekodkan lebihan dagangan setiap tahun sejak 1980 hingga 2010.  Namun, sejak malapetaka nuklear di Fukushima pada March 2011, import telah meningkat ekoran kejatuhan nilai Yen dan peningkatan pembelian tenaga.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, pasaran dijangka terus “ranging”; walaupun para pedagang dilihat mula memberi perhatian kepada data NFP Amerika Syarikat Jumaat ini, yang dijangka meleset dari sebelumnya. “NFP” dijangka mengurang kepada 235 ribu pekerja berbanding 252 ribu pada sebelumnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register