728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen terus merudum untuk hari kedua Selasa semalam, lebih 125 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥119.85 sebelum menutup sekitar  paras ¥119.95; setelah Dollar menjadi lemah dan Yen bangkit dengan trader yang bergerak kembali ke aset ‘safe-haven’ apabila harga minyak merudum lagi selepas memacu naik minggu lepas. Namun pelabur mengatakan kelemahan relatif Yen pada hari Isnin adalah kerana Bank of Japan membuat keputusan mengejut untuk mengurangkan kadar deposit ke dalam wilayah negatif.

Pasaran niaga hadapan minyak jatuh mendadak selepas meningkat selama empat sesi berturut-turut. Matawang Jepun jatuh 2% berbanding Dollar AS selepas langkah mengejut BoJ pada hari Jumaat, hari dagangan terakhir bulan Januari di mana Yen, aset ‘safe-haven’ tradisi, telah meningkat ke paras yang tidak dilihat dalam lebih setahun. Tetapi selepas kajian pengeluar China menunjukkan aktiviti perkilangan di ekonomi kedua terbesar dunia itu menguncup 11 bulan berturut-turut pada bulan Januari, kejatuhan Yen menjadi reda.

telegram-moshed

telegram-moshed

Hari ini Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda bakal berucap dalam satu mesyuarat di Tokyo dan berkemungkinan berkata mengenai masa depan dan kesan kadar negatif ke atas pasaran kewangan Jepun.  Malamnya pula AS bakal melaporkan ADP ‘Non-Farm Payroll’ yang dijangka menunjukkan pengurangan pengambilan pekerja sebanyak 64 ribu, serta laporan ISM PMI Perkhidmatan yang dijangka susut dari 55.3 mata kepada 55.1 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register