banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan tidak melebih 50 pips; selepas laporan dari Bank of Japan mengatakan pelaburan perniagaan berada dibawah jangkaan dan bulan sebelumnya.  Buat masa ini, para pedagang sedang memerhatikan sama ada program ‘Abenomics’ versi 2.0 akan dilancarkan, setelah mendapat tentangan dari sebilangan pegawai-pegawai BoJ.

Sekiranya program tersebut diteruskan, Yen akan terus dilemahkan dengan harapan dapat meningkatkan suntikan dana pelaburan.  Pasaran Asia dikejutkan dengan keputusan People Bank of China, yang menurunkan “interest rate” sebanyak 25 bp dan ini sekaligus memacu naik pasaran ekuiti di Hong Kong dan Shanghai.  “Interest rate” yang rendah menggalakkan para pelabur untuk meminjam dan membuat pelaburan baru.

Di Amerika Syarikat pula, pasaran di belenggu dengan ketidaktentuan tentang masa kenaikan “interest rate” AS, yang telah berada pada 0.25% sejak dari 2008 lagi.  Jumaat ini yang bakal menyaksikan NFP dijangka pada 240 ribu berbanding 257 ribu bulan lepas, dilihat menjadi sebab untuk penjualan Dollar bermula.  Walau bagaimanapun, kadar pengangguran AS yang dijangka bertambah baik dari 5.7% kepada 5.6% menjadikan pasaran dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register