Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen melonjak lebih 120 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.45 sebelum menutup sekitar paras 120.30; setelah dolar mendapat permintaan semula pada awal pagi. Sebelum daripada itu, yen Jepun bangkit untuk ketujuh bulan berbanding dolar pada hari Isnin, ekoran pelabur yang beralih kepada mata wang ‘safe-haven’ dalam menghadapi risiko pasaran global terutamanya dalam pasaran baru muncul.

Pelabur membeli mata wang pasaran maju dalam usaha untuk melepaskan pegangan mereka dalam dagangan berisiko ketika kegawatan kewangan. Dari perspektif asas, data domestik Jepun seolah-olah selari dengan jangkaan ahli ekonomi, walaupun agak mengecewakan dengan ramalan Bank of Japan sendiri yang memberi sokongan pasaran. Pada masa ini, faktor-faktor luaran boleh memaksa Perdana Menteri Shinzo Abe untuk melancarkan ransangan tambahan.

Minggu ini menyaksikan CPI tahunan Jepun untuk Julai dilaporkan seperti jangkaan 0.2%, dan ada yang tertanya-tanya jika ianya akan menjadi negatif disebabkan kemurungan komoditi, tetapi itu tidak menjadi kenyataan. Selain itu, Presiden Bank of Japan Haruhiko Kuroda mengecewakan mereka yang berharap untuk tindakan serta-merta BoJ, dengan berpegang kepada nada agresif mengenai perkembangan ekonomi; tetapi kenyataannya itu mempunyai kesan positif yang kecil terhadap yen.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register