Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-018Dollar Yen yang menyusut dari paras tertinggi sesi Asia, sekitar 120.60, ke paras terendah harian pada pembukaan sesi dagangan London, sekitar 120.17, kembali melonjak sehingga mencapai 120.55 pada sesi pembukaan New York Isnin semalam; selepas bancian dari Reuters menunjukkan majoriti syarikat dan korporat Jepun, bercadang menyalurkan lebihan untung mereka kepada pemegang saham, bukan dengan menaikkan gaji pekerja seperti saranan Perdana Menteri Shinzo Abe sebelum ini.

Laporan dari CNBC menyebut, memperlahankan kejatuhan gaji pekerja yang telah berterusan selama 17 bulan adalah amat penting sekiranya dasar “Abenomics” mahu berjaya dalam menjana ekonomi dan seterusnya membawa kuasa ekonomi ke-3 terbesar dunia itu keluar dari deflasi 2 dekad.  Walaupun lebihan untung meningkat, kesan dari program ransangan ekonomi ala “Abenomics”; majikan khuatir untuk menaikkan gaji pekerja kerana mereka tidak pasti bagaimana kos yang meningkat ini harus dipindahkan kepada pelanggan.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran dengan data berimpak tinggi “consumer confidence” yang dijangka lebih baik dari bulan lalu, 94.6 berbanding 88.7

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!