728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 50 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 119.50 ke serendah sekitar 118.90; sebelum menutup pada sekitar 119.10, sedikit di atas pivot bulanan.  Kadar tukaran USD|JPY yang telah menutup pasaran dengan ‘bearish candle’ dua minggu berturut-turut di carta mingguan, menunjukkan pasaran kembali kepada mode ‘risk-off’.  Pivot mingguan yang baru adalah pada sekitar 119.20

Di pasaran ekuiti Amerika Syarikat, sesuatu yang jarang-jarang dapat dilihat telah berlaku kepada Index S&P500.  Harga telah menutup pada paras terendah harian, selama tiga hari berturut-turut, sejak Isnin.  Harga penutup selalu menjadi perhatian para pelabur, pengurus dana dan pedagang, kerana ia memberikan sentimen pasaran untuk hari berikutnya.  Dengan pasaran yang begitu menantikan kenaikan “interest rate” AS, ini sudah pastinya satu berita buruk buat pasaran ekuiti.

Di Jepun, Yen terus mendapat permintaan, terkesan dari krisis di Yaman, selepas Arab Saudi dan sekutunya, bertindak melancarkan operasi tentera bagi melindungi lapangan minyak dan kepentingan negara-negara pengeluar minyak di Teluk.  Dengan korporat Jepun yang juga bakal menutup akaun tahunan pada April ini, Yen dijangka terus kukuh.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka terus ‘ranging’ dengan perhatian mula ditumpukan kepada data-data sepanjang minggu, terutamanya NFP Jumaat nanti.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register