Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 121.20 ke serendah 120.60, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; selepas para pedagang terus memberikan reaksi positif untuk Dollar selepas kenyataan mesyuarat FOMC yang menegaskan pendirian Federal Reserve yang masih optimis untuk menaikkan kadar pada Disember ini.

Di pasaran Jepun, pengeluaran industri meningkat selepas pelarasan bermusim sebanyak 1.0% pada bulan September, menurutu Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun semalam.  Angka tersebut mengatasi jangkaan bagi penurunan sebanyak 0.5% selepas penguncupan 1.2% pada bulan Ogos lalu.  Berasaskan tahun ke tahun pula, pengeluaran perindustrian merosot 0.9% peratus – juga mengatasi jangkaan penurunan sebanyak 2.6% selepas penurunan 0.4% pada bulan sebelumnya.

Kekuatan pengeluaran industri yang tidak dijangka itu, boleh membantu mengawal ekonomi Jepun daripada kemelesetan pada suku ketiga 2015. Apa pun, ia menyokong sebarang keputusan untuk mengekalkan dasar yang stabil apabila BoJ bermesyuarat petang ini. Walau bagaimanapun, kira-kira separuh daripada ahli ekonomi yang ditinjau menjangka pelonggaran ransangan tambahan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register