Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen susut sedikit sekitar 40 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 120.15 ke serendah sekitar 119.25 sebelum menutup sekitar paras 119.75; setelah pasaran menerima komen daripada Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda.  Beliau mengulangi kesediaan bank pusat Jepun untuk mengembangkan dasar monetari jika perlu untuk mencapai sasaran inflasi 2% peratus itu.

Menurut Encik Kuroda, maklum balas yang positif di mana peningkatan dalam pekerjaan dan gaji yang membawa kepada inflasi yang lebih tinggi, perlu dikukuhkan lagi sebelum Jepun dapat melihat inflasi mencecah 2%. BoJ telah mengekalkan dasar kewangan yang stabil sejak program rangsangan kewangan besar-besaran pada Oktober tahun lepas, bagi mengelakkan kejatuhan kos minyak dan tenaga, serta kelembapan inflasi.

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, kenaikan dalam pertumbuhan ekonomi meningkatkan jangkaan Federal Reserve akan menaikkan kadar pada akhir tahun; sekaligus menyokong pembelian dolar.  Di China pula, pasaran ekuiti Shanghai melantun semula mengatasi kejatuhan awal, meskipun data ekonomi China masih mengecewakan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register