728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 31 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen terus memacu naik lebih 85 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian 121.60 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah GDP AS yang dilaporkan membawa kembali kemungkinan peningkatan kadar oleh Federal Reserve AS. Namun bacaan jualan runcit yang lebih baik daripada jangkaan gagal mengujakan ahli ekonomi.

“Jumlah jualan runcit adalah baik tetapi ia juga boleh dipacu sebahagiannya oleh nilai yen dan pelancongan, dan tidak benar-benar disebabkan oleh faktor domestik,” menurut seorang penganalisis. “Permintaan domestik keseluruhan adalah salah satu kebimbangan utama dalam pemulihan,” tambahnya lagi.

Awal minggu lalu, Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda berusaha untuk memberi jaminan kepada pelabur bahawa sasaran inflasi 2% boleh dicapai pada tahun depan walaupun harga minyak lemah. Harga pengguna di Jepun tidak berubah daripada setahun yang lalu pada bulan Julai, menekankan perjuangan Bank of Japan dalam mencapai sasaran inflasi 2% dan membina kes untuk rangsangan tambahan.

Indeks harga pengguna teras (CPI), yang tidak termasuk harga tidak menentu seperti makanan segar tetapi termasuk harga produk minyak, tidak berubah pada bulan Julai daripada tempoh yang sama tahun lalu, berbanding dengan ramalan Reuters untuk penurunan 0.2% dan turun dari kenaikan 0.1% pada Jun.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register